Hai kawan-kawan!
HaisSSs.. (tiru pelat Razi.. Hehe) Sue ni mimpi apa tulis dalam BM pulak?! Haha..
Saje tukar mood. Selama ni tulis dalam BI sebab tiap-tiap hari cakap BM je dengan semua orang, bila nak praktikkan ilmu BI yang dipelajari? Kalau tak guna, lama-lama karatlah..
Okay, bila baca blog B2B pasal persiapan majlis perkahwinan, semua (atau hampir semua) sebut pasal apa mak ayah, makcik-makcik, tok nenek, jiran selang 20 rumah cakap pasal majlis kita.
Masa mula-mula bercinta dengan Razi dulu (ceh macam lama sangat je bercinta), dia pernah cerita kisah ni pada saya. Tak tahulah apa sebabnya, tapi pendek kata mungkin saya terlalu risaukan apa orang lain cakap pasal saya.
Sekarang saya mahu kongsi cerita ini dengan pembaca blog ni... terutamanya untuk para B2B.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Suatu ketika dahulu, sebelum terciptanya kenderaan berenjin seperti motorsikal, kereta dan keretapi, manusia menggunakan haiwan berkaki empat seperti kuda, keldai dan unta sebagai pengangkutan.
Pada suatu hari, seorang bapa yang sudah tua bersama anaknya yang berusia 10 tahun pergi ke pekan untuk menjual seekor keldai peliharaan mereka. Bapa dan anak tersebut berjalan kaki sambil menarik ikatan keldai yang hendak dijual itu.
Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan dua orang pemuda kampung itu. Mereka terdengar perbualan pemuda kampung itu...
“Bodoh betul bapak dan anak itu, ada keldai tidak mahu ditunggangnya”.
Si bapa tua tadi pon memanjat belakang keldai bersama anaknya. Mereka meneruskan perjalanan dengan menunggang keldai bersama-sama.
Tidak lama kemudian mereka terserempak pula dengan sekumpulan makcik-makcik yang sedang berbual-bual di tepi jalan. Mereka terdengar makcik-makcik tersebut mengata...
“Tak berperikemanusiaan betul bapak dan anak itu, keldai yang kecil itu ditunggangnya berdua...”
(Photo Credit: Kevin Kelly and Source:
Click here)
Terdengar kata-kata itu, bapa yang tua itu pon turun dari keldai itu. Bapa tua itu meneruskan perjalanan dengan menarik keldai yang ditungangi anaknya.
Selepas itu mereka terserempak pula dengan sekumpulan remaja yang sedang bermain guli. Mereka terdengar perbualan remaja itu...
“Teruk betul anak orang tua tu, tak patut disuruh bapanya yang dah tua menarik keldai tu...”
Si bapa terus menyuruh anaknya untuk bertukar tempat. Si bapa menunggang keldai dan si menarik keldai yang ditungganginya. Mereke pon teruskan lagi perjalanan.
Sampai di satu simpang, mereka beselisih dengan sepasang suami isteri yag sedang berjalan kaki. Si bapa tua terdengar pasangan itu bercakap sesama mereka...
“Kasihan budak kecil itu, tidak berhati perut bapanya menyuruh anak yang masih kecil menarik keldai yang ditungganginya..”
Mendengar kata-kata sinis itu, si bapa tua turun dari keldai dan berjalan kaki bersama-sama dengan anaknya seperti mula-mula mereka keluar rumah.
Sebelum sampai ke pekan mereka bertembung dengan beberapa orang lagi yang bercakap-cakap tentang perihal mereka. Tetapi si bapa dan anak itu tidak menghiraukan cakap-cakap orang itu. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka dengan cara mereka sendiri.
Akhirnya mereka sampai ke pekan dengan senang hati, tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekelilingnya.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Jadi, tanyalah diri korang sendiri, majlis yang korang buat ni majlis siapa? Nanti muka siapa yang monyok dan tak berseri kalau dah asyik kena ikut cakap orang lain je?
Ambil iktibar dari kisah diatas dan renung-renungkanlah... (ceh macam Ustazah pulak. =p)
Sekian.